Ruangan Training Ejen Dropship

Sebagai Ejen Dropship anda berpeluang untuk hasilkan lebih banyak pulangan melalui program ejen kami. Tujuan kami mengadakan program ini bagi membantu anda mendapat sedikit income dari perniagaan ini.

Anda sebenarnya boleh dengan konsistan menjana wang tepi apabila memperkenalkan rakan baru dan rakan sedia ada untuk membeli melalui anda. Anda tidak perlu tunjukkan dimana anda ambil stok.

Malah jika anda nak tunjukkan atau share url produk kami pun tidak mengapa, tetapi anda sebagai introducer pasti dipilih bagi melancarkan proses belian. Ini kerana ramai pembeli kami adalah golongan berusia yang tidak pandai menggunakan email sebagai alat komunikasi dan juga sistem belian online yang mungkin mengelirukan.

Oleh itu dengan login terlebih dahulu kedalam sistem, didalam kedai online kami akan terpapar harga dropshipper yang lebih murah. Harga didalam website kami adalah antara yang termurah dalam pasaran. Anda akan lihat jika memesan 2 atau 3 unit, keuntungannya tidak setinggi jika menjual 1 unit.

Ini kerana untuk mengekalkan harga terendah di Google terutamanya, pada botol ketiga biasanya sudah dijual pada “cost price”. Sebagai contoh 2 botol vimax rm370.

Dan 3 botol adalah RM500. perbezaan sebanyak RM130 sahaja untuk dapatkan botol ketiga, berbanding 2 botol yang jatuh RM185 sebotol. Ditambah lagi dengan freegift yang bernilai RM80, stok vimax sememangnya dijual pada cost price sahaja. Walau bagaimanapun, anda masih menerima keuntungan dari jualan 3 botol.. Jom semak Video Training yang telah kami sediakan dibawah.

Konsep Bisnes Dropship

Konsep Bisnes Dropship adalah untuk anda yang berminat berniaga secara kecil – kecilan. Tidak ke tahap nak cover satu malaysia, sebaliknya boleh cover dari daerah mana anda tinggal pun dah cukup.

Kelebihan terbesar adalah anda tidak perlu mempunyai modal untuk bermula. Konsep dropship biasanya, anda sebagai ejen hanya perlu promosikan produk. Kemudian apabila ada yang ingin beli, mereka perlu membayar harga jualan yang tertera di website kami.

Setelah anda menerima bayaran, tugas seterusnya adalah dengan submit order tersebut kepada kami. Anda perlu login ke website dan buat belian bagi pihak pelanggan.

Seterusnya kami penjual akan membuat penghantaran bagi pihak anda secara pos laju ataupun cod. Untuk COD ada caj cod sebanyak RM10 ke seluruh Kuala Lumpur, Damansara, Petaling Jaya dan Cheras sehingga tol batu 9.

Login Ke Website

Untuk mendapatkan harga ahli anda perlu login ke website. Jika ini pertama kali anda sampai ke laman ini selepas register, sila semak email confirmation terlebih dahulu. Klik verification link didalam email untuk sahkan pendaftaran anda.

Setelah pendaftaran anda disahkan, barulah anda boleh membuat belian didalam website ini dan menikmati harga dropship yang ternyata lebih murah.

Buat Belian Untuk Pelanggan Anda

Option pertama ini adalah kaedah belian secara online dan terima melalui pos laju. Selepas klik pada “beli sekarang” anda akan dibawa kelaman checkout. Ikuti option yang ditunjukkan didalam borang belian. Anda perlu masukkan 2 alamat.

Alamat pertama adalah alamat anda sendiri dan kedua adalah alamat pelanggan anda. Jika anda mempunyai 2 order yang berlainan, sila buat satu persatu. Kebiasaan untuk pelanggan kedua, anda hanya perlu masukkan alamat pada ruangan kedua.Ruangan alamat pertama (alamat anda) akan diisi secara automatik dari data sebelumnya.

Cara bayaran menggunakan FPX transfer, anda mestilah mempunyai Online Banking sendiri untuk membuat bayaran.

Teknik ini sesuai jika anda menggunakan medium promosi seperti blog, forum, facebook, twitter, IG, Wechat, Michat dan berbagai lagi social network yang mana anda mungkin tidak kenal dengan pembeli.

Buat Belian Untuk Pelanggan Anda Secara COD

Option belian yang kedua ini pula sesuai untuk mereka yang tinggal dalam kawasan Kuala Lumpur, Damansara, Petaling Jaya dan Cheras sehingga batu 9. Untuk info, lokasi kami adalah di area Columbia Hospital Setapak KL.

Anda mempunyai 2 kaedah iaitu Cash On Delivery (COD) dan Selfcollect. Jika anda berdekatan dengan lokasi kami, anda mungkin ingin selfcollect untuk mengelakkan caj cod sebanyak RM10. Tambahan lagi jika anda mempunyai banyak order secara cod.

Anda juga boleh memperluaskan kawasan yang kami tidak COD. Antara permintaan cod yang selalu kami terima adalah seperti di Puchong, Kajang, Bangi, Sg Buloh, Shah Alam, Klang dan Subang Jaya.

Jadi jika anda dari kawasan ini atau berdekatan kawasan ini, anda mungkin ingin jadi wakil COD kami. Kami sudi buatkan anda sebuah page didalam website ini supaya pelanggan yang mencari wakil COD produk kami, dapat menjumpai no telefon anda.

Jika anda mahu kami COD kepada pelanggan anda, caj RM10 akan dikenakan. Anda perlu maklumkan kepada pelanggan anda, agar komisyen anda tidak terjejas dek kerana caj cod ini.

Cara termudah dan terpantas adalah dengan “submit order” melalui whatsapp ke 011-333-33-207 Azham Vimax.

Sila set 3 jam sebelum waktu COD bagi memastikan kelancaran. Kami COD dari jam 10 pagi hingga 10 malam. Manakala jam 3 petang hingga 6 petang adalah waktu rehat yang sebenarnya waktu sibuk kami dan sukar untuk perform COD. Jadi sila elakkan set cod dalam waktu ini.

0/5 (0 Reviews)
Last update on 11 April 2020
Scroll to Top