CEO Cafe

RM40.00RM86.00

Cafe CEO adalah kopi kesihatan dan bukan untuk bantu tahan lama. Jika anda mencari kopi untuk tahan lama kami sarankan Kopi Pejuang. Dengan kopi ceo anda berpeluang jaga kesihatan badan dan imun dari serangan penyakit.

Apakah CEO Cafe?

Kopi CEO adalah kopi dengan tambahan cendawan lingzhi. Pada zaman dahulu cendawan lingzhi hanya digunakan oleh maharaja china sahaja. Rakyat biasa dilarang menggunakannya.

ceo cafe

Cendawan Lingzhi mempunya nilai perubatan yang tinggi dan lambang panjang umur.

Kisah Terciptanya CEO Cafe

Syarikat Shuang Hor dari Taiwan telah mempunyai beberapa produk kapsul yang berasaskan cendawan lingzhi ini. Satu hari CEO mereka telah melawat rakannya yang kemalangan di jepun.

Rakannya ini menjadi lumpuh disebabkan kemalangan. Beliau juga seorang peminum kopi.

Mr CEO telah cadangkan rakannya itu menggunakan 2 biji serbuk cendawan didalam kopi rakannya. Rakannya bersetuju.

Setelah sejam rakannya dapat menggerakkan kaki dan mengangkat punggungnya sebentar sebelum terduduk semula.

Rakannya berasa hairan dan meminta beliau campurkan lebih banyak kapsul lingzhi. Rakannya mengamalkan 12 biji sehari dan dalam masa 2 bulan, rakannya dapat berjalan semula.

Dari situ Mr CEO mendapat idea untuk menghasilkan kopi ceo ini. Pasukan RND syarikat beliau mengambil masa 2 tahun untuk hasilkan kopi yang benar dapat memberikan kebaikan si pengamal.

Rasa Kopi CEO

Semasa pelancaran kopi ceo beliau telah menghidangkan kopi tersebut kepada para tetamu dan beliau membuat jaminan yang sesiapa sahaja boleh simbah mukanya jika kopi itu tidak sedap.

Ya 2 tahun itu proses yang dilalui dalam hasilkan kopi ceo bukan sekadar untuk masukkan dose yang mencukupi, tetapi juga kajian keatas bahan lain dan memastikan rasa kopi ceo adalah premium.

Bahan Dalam Kopi CEO

  • Kopi Brazil
  • Gula Perang
  • Krimer Dari Minyak Kelapa
  • Cendawan Lingzhi

Kopi brazil ni jenis yang tidak tinggi asid. Biji kopi ini dimasak dengan kaedah dark roast bagi memdapatkan aroma kopi sebenar. Baunya harum seperti menyediakan kopi dari mesin expresso.

Gula perang adalah gula tebu yang masih mempunyai vitamin dan mineral. Jika gula putih, itu biasanya telah melalui proses bleaching untuk putihkannya. Ia tiada vitamin dan mineral.

Jadi penggunaan gula perang ternyata lebih selamat, tidak terlalu manis dan berikan rasa kopi yang sempurna.

Krimer dikatakan tidak baik untuk kesihatan kerana mengandungi lemak tepu. Namun ceo cafe gunakan krimer dari minyak kelapa yang tidak menyebabkan pengumpulan lemak pada salur darah kerana ia jenis lemak tidak tepu dan mudah dihuraikan.

Didalam kopi ceo terdapat setengah kapsul YK Lingzhi yang merupakan produk killer mereka dalam merawat penyakit kronik. Kandungan YK Lingzhi ini adalah serbuk cendawan lingzhi 100%.

Kebaikan Amalkan 2 Cawan Kopi CEO Setiap Hari

Dengan mengamalkan kopi ceo, anda boleh mendapat banyak kesan baik serentak. Sebagai contoh jika anda mempunyai masalah dalam perut seperti gastrik, pedih ulu hati, sembelit dan apa sahaja berkaitan perut, akan mendapat kesan “healing” dalam masa 20 minit meminum kopi ceo.

Cafe CEO

Admin sendiri yang mempunyai masalah pedih ulu hati, mendapat kesakitan selama 30 minit selepas minum setengah cawan kopi ceo. Sangat sakit sehingga rasa tak selesa.

Tapi kemudian selepas 30 minit, pedih tersebut terus hilang. Dan tidak pernah lagi dapat sakit pedih ulu hati ini. Power gile.

Disebabkan kebaikan yang admin dapat itulah makanya saya berkongsi kebaikannya.

Saya amalkan 3 kotak setiap bulan. Sekotak mempunyai 20 sachet kopi ceo. Saya ambil setiap pagi dan petang.

Hasilnya setelah hampir setahun amalkan kopi ceo, saya mendapati badan lebih sukar terkena penyakit. Susah batuk, demam dan lelah. Jika tidak sekali terkena demam, pasti batuk, lelah ikut sampai.

Kekerapan dulu dalam 2-3 kali setahun. Namun kini dalam tahun 2020 saya hanya pernah demam sekali sahaja. Masalah pedih ulu hati dah lama hilang dan boleh makan makanan kegemaran yang pedas – pedas.

Apa sahaja penyakit boleh menggunakan kaedah rawatan menggunakan kopi ceo yang diperkaya dengan lingzhi.

Tidak hairanlah kenapa pada zaman maharaja china ia menjadi “buah larangan” kerana sifat pemulihan yang ditawarkan adalah serta – merta dan sangat mujarab.

Cara Guna CEO Cafe
  • Ambil 1 paket dan tuang ke cawan kecil.
  • Masukkan 200ml air panas dan kacau
  • Jika guna gelas, biasanya air setengah cawan sahaja bersamaan 200ml

Minum ketika masih panas suam. Rasanya kaw dan memanaskan badan. Itu adalah sifatnya kopi sebenar.

Harga CEO Cafe

Harga Non Member RM40 sekotak

Jika anda adalah member shuang hor sila order dilaman web official.

Kami hanya menjual pada harga pasaran dan juga membuka pendaftaran bagi yang berminat jadi member.

Terdapat 2 jenis kopi ceo

  • Kotak Silver – 3 in 1 (Tanpa Gula)
  • Kotak Emas – 4 in 1 (Bergula)

Ada gula atau tiada gula, harganya sama.

  • 1 Kotak Emas RM40
  • 1 Kotak Silver RM40
  • 2 Kotak Emas RM70 + Daftar Member RM16 Setahun (Total RM86)
  • 2 Kotak Silver RM70 + Daftar Member RM16 Setahun (Total RM86)
  • 1 Kotak Emas + 1 Kotak Silver + Daftar Member RM16 Setahun (Total RM86)

Nota: 2 kotak menjadi RM70 kerana bila daftar member, anda mendapat harga ahli RM35 sekotak.

Penghantaran

Penghantaran dilakukan oleh Citylink atau Skynet. Dihantar melalui pos oleh pihak HQ Shuang Hor.

Caj penghantaran RM10 semenanjung, RM20 sabah sarawak

Untuk beli sila “Add to Cart” dan pilih penghantaran Skynet/Shuang Hor Produk

 

 

Clear

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “CEO Cafe”

Scroll to Top