CEO Coffee Baik Untuk Kekalkan Kesihatan

CEO Coffee ke tu? Komen saya pada status FB seorang rakan. Rasa menyesal pulak komen pasal kopi ceo kat situ. Sebabnya dia terus pick up line, Tuan pernah minum ceo coffee ke?

Tak pernah, jawab saya. Kalau macam tu bolehlah saya belanja tuan secawan CEO Coffee ni. Alamak rasa terperangkap pulak dengan komen sendiri.

Saya lantas menjawab, tak apa la tak payah la susah – susah nak belanja saya secawan kopi.

Saya masih ingat suri rumah ni pernah datang ofis masa saya buat small group coaching tentang teknik berniaga guna blog dan website. Dia mesti tahu dah lokasi saya.

Lepas tu jawabnya lagi, takde yang susahnya. Tujuan saya just nak sharing kebaikan kopi ceo ni pada tuan. Memang tugas saya. Kemudian saya pun ok jelah, bukan nak sangat rasa ceo coffee dia tu. Orang nak belanja ambil jelah.

Lepas tu dia mesej di masenjer beri no telefon dan minta location. Beberapa hari lepas tu baru saya reply mesejnya dan beri location. Jumpa pun di warong ambo di bangi. Memang kalau orang ajak ngopi saya suggest tempat tu jelah sebab dekat dengan rumah dan tak bising.

Masa pelayan datang tanya nak minum apa dia cuma pesan 2 cawan air panas sahaja. Segan pula saya, jadi saya pun order mee bandung take away. Lepas tu dia bancuhkan kopi ceo tu untuk saya dan mula buka buku presentation dia untuk terangkan pasal kopi ceo dia tu.

 

ceo coffee

Saya dengar sahaja dan sesekali menghirup kopi tersebut. Banyaklah yang dia terangkan pasal ceo coffee ni. Lepas tu dia terangkan kesan “healing crisis” apabila meminum kopi tersebut.

Masa dia terangkan tu saya dah mula rasa pedih hulu hati. Memang saya ada masalah tersebut. Sampai saya terberitahu dia yang saya rasa pedih hulu hati disebabkan minum kopi tersebut.

Lepas tu saya dah tak boleh fokus sebab masalah pedih hulu hati ni bertambah sakit rasanya. Saya juga rasa mengantuk dan sakit sebelah badan. Rasa sakit pada urat – urat saya.

Katanya inilah healing crisis yang sedang berlaku pada saya sejurus ambil kopi ceo ni.

Saya pun terfikir juga, kalau tak bagus kenapa sebelah kanan badan sahaja rasa sakit urat, dan belah kiri rasa tiada apa – apa masalah. Saya lantas signup untuk beli sekotak ceo coffee ni. Kalau anda nak tahu apa kebaikan ceo coffee ni jom baca lagi.

Apakah CEO Coffee?

CEO Coffee ni adalah kopi 4 in 1 yang mengandungi

  • Kopi
  • Krimer
  • Gula
  • Cendawan Lingzhi

Kisah terciptanya ceo coffee ini menurut beliau ia berasal dari Taiwan. Yang mana orang cina memang terkenal dengan pelbagai jenis herba tradisional yang baik untuk kesihatan badan.

Kisah awal sebelum ceo coffee ni wujud adalah apabila penyelidik ni datang ke jepun melawat rakannya yang lumpuh disebabkan terkena strok. Penyelidik ni melihat kawannya suka minum kopi dan beliau offer untuk masukkan cendawan lingzhi ini didalam kopi kawannya yang sakit tu.

Kawan jepunnya kata ok je. Dan lepas setengah jam kawannya nyatakan sebelah badan yang lumpuh sudah boleh digerakkan. Tangannya boleh diangkat dan sudah boleh mengensot. Penyelidik ni beritahulah pada kawan jepunnya kebaikan cendawan lingzhi ini.

Dan kawannya itu akhirnya berminat untuk cuba rawatan dengan cendawan lingzhi ini. Dia mengamalkan cendawan lingzhi yang dicampur didalam kopi selama 3 bulan dan akhirnya sembuh dari penyakit lumpuh sebelah badan yang disebabkan penyakit stroknya itu.

Saya sebenarnya terfikir untuk jadi member kerana pada fikiran saya, ia membantu “reveal” masalah atau penyakit yang saya tidak tahu mungkin saya hidapi.

Seperti pedih hulu hati saya memang tahu saya ada masalah ini. Di rumah pun saya memang ada standby sebotol gaviscon. Biasa lepas makan gaviscon memang masalah pedih hulu hati akan lega dalam masa beberapa minit.

Akan tetapi bila saya meminum ceo coffee saya dapati ia juga trigger masalah sakit urat sebelah kanan badan saya. Menyebabkan saya terfikir, adakah saya baru diselamatkan dari mendapat strok yang memang ada dalam sejarah keluarga.

Saya akui yang akhir – akhir ini saya kuat makan dan berat badan bertambah sebanyak 10kg dalam masa sebulan. Kalau order makanan mesti bertambah. Ini kerana saya sedang mengurangkan rokok. Sekaligus nafsu makan saya menjadi – jadi.

Saya sedar yang masalah saya ini semakin ketara apabila kerap berasa mengah apabila berjalan sedikit. Sebagai seorang peniaga online, saya hanya bekerja dari rumah dan saya tak pernah bersenam. Lepas kahwin 3 tahun lepas, berat badan saya bertambah sebanyak 30kg.

Jadi sewaktu mengambil ceo coffee ini, saya melihat persamaan kisah lelaki jepun tadi dengan masalah yang saya hadapi ini. Lagipun apabila mendengar harganya hanya RM41 ringgit menyebabkan saya rasa ia adalah harga yang sangat murah dan mampu dimiliki.

Dalam tahun 2019 ini, jarang sekali saya mendengar yang produk – produk kesihatan seperti ceo coffee ini pada harga bawah RM50. Biasanya semua produk kesihatan pasti berharga RM100 keatas.

Akibat kuat makan, perut saya memboroi dan mengalami masalah sembelit. Saya membuang air besar sekitar 2 hari sekali tetapi jumlahnya sangat sedikit berbanding jumlah makanan yang saya ambil.

Hari ini sahaja saya telah meminum 3 cawan ceo coffee dan saya mulai kentut dan sendawa tidak berhenti. Saya juga telah membuang air besar sebanyak 2x selepas ambil 3 cawan.

Saya juga mempunyai masalah kulit mengelupas dan gatal – gatal semasa mulai sedar tentang masalah sembelit. Melalui pembacaan saya, masalah kulit gatal ini berlaku disebabkan usus yang kotor. Keesokkan harinya bintik gatal mulai keluar seperti saya telah melanggar pantang. Pantang saya makanan seafood yang memang akan cepat naik gatal – gatal ni.

Tetapi setelah beberapa hari, saya dapati tiada lagi masalah gatal ni. Makanan kegemaran seperti asam pedas yang biasanya dimasukkan belacan pun rasa ok sahaja bila saya mula langgar pantang. Kalau tidak jika makan lauk asam pedas mesti naik bintik gatal ni. Sekarang tiada lagi.

Berikut adalah Khasiat CEO Coffee

Kesihatan Harganya Mahal

Ya benar, bila dah sakit, nak dapatkan balik kesihatan harganya tidak murah. Tetapi sementara tidak sakit ini, kesihatan boleh didapatkan dengan cara percuma sahaja seperti rajin bersenam, joging dan sebagainya. Sungguh! Tak guna modal besar pun kalau nak sihat.

Yang tak mudah apabila dah sakit, masa inilah nilai sebuah kesihatan menjadi mahal. Ditambah peningkatan usia, lelaki yang bergelar ketua keluarga ada banyak komitmen. Tidak mudah nak peruntukkan masa untuk bersenam, dengan kata lain masa sangat mencemburui kita.

CEO Coffee Kan Ada…

Kerana itulah wujudnya solusi – solusi penjagaan kesihatan tidak hanya cara bersenam, ditambah faktor usia memang ramai yang memilih solusi seperti ditawarkan oleh ceo coffee ini. Dengan mengamalkan mengambilan 2 paket ceo coffee anda berpeluang untuk dapatkan kembali atau maintain kesihatan anda.

Ditambah harganya yang tidak mahal seperti solusi lain diluar sana, ceo coffee dapat mengembalikan tahap kesihatan pada tahap optimal. Khasiat ceo coffee yang diperkaya dengan herba cendawan lingzhi ini sangat baik dan membantu anda mengekalkan cara hidup sihat dan bertenaga sepanjang hari.

Dengan meminum secawan diwaktu pagi dan secawan lagi di waktu petang, ia berupaya menjadikan anda seorang lelaki yang mampu kekal aktif dan kekal sihat walaupun usia telah meningkat. CEO Coffee ni barang baik dan tidak harus dipandang enteng. Anda wajib dapatkannya hari ini.

Bagaimana Nak Dapatkan CEO Coffee?

Untuk CEO Coffee kami hanya buat penghantaran secara pos laju. Anda juga boleh mendapatkan penjimatan dengan menjadi ahli. Berikut harga yang boleh anda maintain untuk seisi keluarga.

Harga CEO Coffee

Harga retail adalah RM41 + RM9 kos pos. Jadi jumlahnya RM50.

Sekotak mengandungi 20 paket ceo coffee. Ini pada saya sangat sesuai untuk mereka yang ingin mencuba dahulu. Namun bagi yang ingin ianya digunakan oleh seisi keluarga, sekotak memang tidak mencukupi.

Jadi anda boleh memesan lebih dari sekotak kopi ceo.

Untuk beli ceo coffee sila wasap CEO ke